Anak-anak amanah dari ALLAH
PENGENALAN
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t . dan ianya sebahagian dari
ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba Nya.
Firman ALLAH s.w.t .
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi
ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang
ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak
membawa kebaikan kepadanya di akhirat .
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat :
“Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu
Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang
mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi
kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” (Maksud Al-Hadith)
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 :
40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah
Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan,
25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara
jasmani(physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan
rohani 6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium
mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin
Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di
rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh
orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak
mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan)
daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti
* Menakutkan anak-anak dengan sekolah
* Menakutkan dengan tempat gelap
* Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur 3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa
mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak
(terutama semasa marah).
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang
kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang
menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian
secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak. 8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar
menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti
memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan
sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan
yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang
mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan
mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model
yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi
dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah
agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah
seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok
sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, Baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun
sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik
kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan
yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini
adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan
akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan,
pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh
merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah
untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di
akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu
kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan
didikan Islam.
Leave a Reply