10 tip didik anak-anak

Posted on Monday , 1 October, 2007. Filed under: Tip |

CENDEKIAWAN pendidik Islam di Mesir, Dr Abdullah Nasih Ulwan mengatakan bahawa kecemerlangan anak adalah satu natijah daripada amalan dan pengalaman yang mereka lalui. Perkara itu akan tersemat dalam jiwa serta hati sanubari anak sejakkecil, terutama pada peringkat awal iaitu di bawah enam tahun.Begitu besar kesan tarbiah atau pendidikan anak sejak kecil. Ia antara faktor penentu kejayaan anak pada masa depan. `Izzah iaitu yakin kendiri (self-esteem) adalah rasa hormat diri,yakin dan percaya bahawa diri dihargai. Ia adalah asas penting untukmembina sahsiah anak sejak kecil. Kajian mendapati bahawa anak-anakyang mempunyai masalah `izzah akan lebih mudah terbabit dengan salahlaku, gejala sosial dan penagihan dadah.Ibu bapa, pengasuh dan guru, mesti peka terhadap perkara itu danberusaha untuk menggalakkan pembinaan `izzah anak. 

Berikut adalah 10 tips penting yang perlu disemai dalam diri anakuntuk mencapai tujuan itu. 

Tip 1 :  Melahirkan hubungan kasih sayang, rapat dan berasa selamat sejak bayi dilahirkan.

 Rangsangan peringkat awal ini penting dan tidak dapat diambil aliholeh rangsangan daripada barang atau benda. Sekiranya kanak-kanakberasa diketepikan dan tidak diterima, ia sukar untuk membina keyakinan dan mempelajari sesuatu.Kasih sayang yang diberikan mesti tanpa syarat iaitu tanpa mengambil kira rupa paras dan kebolehan mereka. Kita harus berlaku adil kepadaanak. Sikap pilih kasih boleh membunuh rasa hormat diri anak-anak.Mereka akan berasa rendah diri dan terlalu sensitif.Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Samakanlah pemberian antara anakseperti kamu sekalian senang apabila mereka adil dalam berbakti yangsamakepada kamu sekalian (ibu bapa).” (Hadis riwayat Muslim) 

Tip 2 : Fahami dunia dan emosi anak dengan menggalakkan mereka meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. 

Mengenakan butang baju mungkin masalah besar kepada anak berumur tigatahun. Apabila memberikan perhatian dan menggalakkan merekamenyelesaikan masalah, anak akan berasa lebih yakin diri. 

Tip 3 : Niat perlu jelas dan tanpa ego apabila membetulkan kesilapan anak. 

Kita hendaklah membetulkan `perbuatan’ salah laku mereka, bukan dirimereka. Apabila mereka menconteng buku, jelaskan bahawa perbuatan ituakan merosakkan buku. Elak memarahi dengan mengatakan mereka nakal.Dengan cara ini, anak akan belajar kenapa sesuatu perbuatan itu tidak boleh dilakukan dan tidak tersalah anggap bahawa diri mereka tidakdisukai. 

Tip 4 : Tetapkan peraturan dan terangkan sebab peraturan itu diberikankepadanya. 

Kanak-kanak belajar daripada pengulangan. Jangan rasa marah dan letihuntuk mengulangi peraturan yang sama saban hari kerana inilah caramereka belajar mengingati sesuatu.Dalam menetapkan peraturan juga, kita mestilah konsisten dan tidakselalu menukar peraturan, terutama pada kanak-kanak yang masih kecil.Mereka mungkin tidak akan belajar cara membuang sampah yang betulsekiranya bakul sampah sering bertukar tempat.

 Tip 5 :  Galakkan anak membuat pilihan sendiri. 

Elakkan memaksa anak menerima saja keputusan yang dibuat. Bagikanak-kanak kecil, berikan dua atau tiga pilihan untuk memudahkanmereka memilih. Ia seperti memilih untuk memakai baju hijau atau biru dan makan nasi atau mi. 

Tip 6 : Membina pengalaman baru dalam diri anak. 

Beri sokongan kepada mereka apabila mengambil risiko positif seperti belajar menunggang basikal. Kegiatan ini walaupun berisiko, namun jikaanak tidak mencuba, kejayaan tidak akan dicipta dalam diri mereka.Ibu bapa dan guru perlu mencari keseimbangan antara melindungi anakdan membiarkan anak memperoleh kemahiran baru dalam hidup mereka.Kita mesti bersabar daripada terlalu membantu anak. Biarkan merekamencuba sendiri dan belajar daripada kesilapan.Tidak semua kesilapan akan membunuh keyakinan diri, sebaliknya memupuksifat lebih berhati-hati. Anak yang tergelincir di tempat licinmungkin akan lebih berhati-hati apabila berjalan. Kadang-kadang merekasememangnya perlu belajar daripada kesilapan.Mereka mungkin berkeras untuk melakukan sesuatu yang tidak sesuaiseperti memakai baju tangan panjang pada cuaca panas. Biarkan merekamelakukan kesilapan. Bawa baju yang lain untuk ditukar apabila merekamerungut kepanasan. Kita tidak perlu memarahi lagi kerana sebenarnyamereka telah menyedari kesilapan dan akibat daripada kedegilan mereka. 

Tip 7 :  Meminta maaf sekiranya ibu bapa melakukan kesilapan. 

Anak akan belajar bahawa melakukan kesalahan secara tidak sengajaadalah tidak mengapa. Apa yang perlu dilakukan adalah meminta maaf danbelajar daripada kesalahan yang dilakukan. 

Tip 8 :  Berilah pujian dan kata-kata galakan positif apabila anak berusaha melakukan sesuatu.  

Perkara itu perlu dilakukan selalu dan segera untuk memberikan kesan.Contohnya, beri pujian pada anak yang mencuba untuk menyuap makanansendiri walaupun tumpah dan comot. Dengan cara ini mereka akan lebihbersemangat dan tekun mencuba melakukan atau mempelajari sesuatu.Berbeza pula dengan memberi ganjaran apabila anak melakukan yangterbaik. Hal ini akan memberi tekanan kepada mereka untuk melakukanhanya yang terbaik.Elakkan juga daripada hanya menegur anak apabila melakukan kesilapan.Perkara ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat membezakan yang baikdan buruk. 

Tip 9 :  Menggalakkan anak melakukan kerja dan kreatif mengikut kemampuan mereka. 

Dalam hal ini kita terlebih dulu mesti sentiasa melakukan sendirikerja di depan anak. Contohnya, jika anak menyepahkan mainannya, kitaharus memimpin tangan anak, melutut pada lantai melakukan permainanmenyimpan mainan sambil berkata “sekarang masanya untuk menyimpanmainan kamu.”Galakkan anak berkreatif secara bebas. Jangan mengongkong anak dengansatu cara melakukan sesuatu. Contohnya, meminta anak melukis rumahmengikut bentuk yang biasa kita lukis. Semua kegiatan seni danestetika baik untuk meningkatkan keyakinan mereka. Hargai hasil kerjaanak dengan mempamer atau merakam aksi mereka. 

Tip 10 : Menggunakan disiplin secara positif. 

Kanak-kanak akan berasa lebih selamat dan yakin sekiranya kehidupanseharian mereka berdisiplin. Masa untuk kegiatan harian mestilah tetapdan tidak selalu diubah. Contohnya, masa makan dan belajar. Anak akanrasa lebih yakin, berdisiplin dan terdidik.Islam juga mendidik untuk mempunyai disiplin diri tinggi seperti solatdan puasa.Mengasuh dan mendidik anak adalah amanah Allah yang memerlukankomitmen tinggi dan berpanjangan. Apapun ia sememangnya sesuatu yangmenyeronokkan sekiranya kita mempunyai ilmu untuk melakukannya.Perkongsian pengalaman dan ilmu keibubapaan sangat praktikal danberharga. Ia mestilah sentiasa dipupuk dalam masyarakat supaya kitadapat membina anak yang lebih bersedia untuk menjadi khalifah Allah dibumi ini.

Advertisement

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

5 Responses to “10 tip didik anak-anak”

RSS Feed for Anakku Sayangku Comments RSS Feed

anak terlalu manja padahal saya adalah seorang ibu yang tegas.bagaimana mengatasi masalah ini dan anak lebih bedikari

Puan Intan, boleh tak puan beri contoh untuk anak terlalu manja dan ketegasan puan. Ini perlu untuk saya menfokuskan apa yang puan perlu lakukan. Mungkin saya bole huraikan secara detail didalam post saya akan datang.

anak saya pelajar lelaki tahun satu. saya sedih prestasi belajarnya makin merosot walhal saya telah bersama-sama mengulangkaji pelajaran bersamanya. jawapan semasa latihan ia boleh buat tapi bila exam banyak kesilapan yang dilakukan. dia mahu mendengar kata dan akan belajar jika disuruh dan ada inisiatif tapi kenapa keputusannya merosot. adakah dia tertekan. bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?

Puan Haslina,

Saya dapat menjangkakan puan seorang ibu yang perihatin terhadap pelajaran anak puan.
Beberapa perkara perlu puan selidik iaitu;
1. Sifat gemuruh- adakah anak puan bersifat gemuruh ketika menjawab Exam. Jika puan memberi latihan ,dia dapat jawab, mgkn semasa exam keadaan berbeza dimana tekanan menjawab dengan masa yang ditetapkan. adakah ia cukup masa utk menjawab soalan, dan adakah dia faham soalan dan jika tidak faham adakah ia bertanya kepada guru. Mgkn semasa latihan jika dia tidak tahu dia akan bertanya kpd puan tetapi semasa exam dia takut utk bertanya.
2. Buku latihan yang digunakan- buku latihan yang digunakan mestilah seiring dengan tajuk didalam buku teks. Ini untuk memudahkan ia memahami apa yang dibelajar dengan apa yang dijawab dalam latihan.
3. Subjek yang lemah- adakah semua subjeknya merosot?. Puan perlu rankingkan subjek yang merosot secara menurun bermual dari subjek yang paling merosot. Kemudian takle satu persatu bermula yang paling merosot . Jangan borong semua sekali gus nnti akan timbul tekanan pada anak puan.

Saya harap dengan pendapat yang ringkas ini ia dapat memberi sedikit idea untuk puan.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: