Petua Guru & Ibu Cemerlang
1. Mendidik mestilah dengan aqidah.
- Kenalkan anak-anak kepada Allah sejak anak mereka kecil lagi.
- Tanamkan rasa sayang pada Allah.
- Tanamkan rasa syukur diatas nikmat Allah.
- Tanamkan sifat taqwa kepada Allah. Sering ceritakan kisah-kisah Nabi dan sahabat untuk dijadikan contoh tauladan kepada anak.
2. Mendidik mestilah dengan hati yang ikhlas.
- Penuh naluri keibuan dan jiwa pendidik.
- Marah, tegas, manjakan anak mestilah atas sebab nak didik mereka.
- Tunjukkan sikap peka, prihatin pada anak/murid.
3. Mendidik mesti ada matlamat.
- Kemana hendak diarahkan anak-anak kita/ murid.
- Budaya apa hendak diterapkan dalam keluarga/sekolah
- Sistem apa nak dipakai dalam keiuarga/sekolah
4. Mendidik mesti senada dan seirama.
-
Ibu dan guru mesti sama arahan dan amalannya.
-
Kalau guru suruh menutup aurat, ibu pun kata begitu.
-
Kalau ibu kata maghrib tak boleh tengok t.v, guru pun di rumahnya maghrib tak buka t.v. Murid tak tahu, tapi Allah tahu.
5. Mendidik mesti dengan akhlak dan contoh.
- Nak suruh anak solat, ibu/guru mesti solat
- Nak suruh anak bercakap sopan, ibu/guru mesti bercakap sopan dulu, bukan asyik menengking, menjerit tak tentu pasal.
- Nak suruh anak baca buku, ibu/guru mesti tunjukkan yang kita pun suka baca buku. Baca bersama mereka.
- Suruh/ cakap serupa bikin.
6. Mendidik mesti dengan sabar.
- Sabar dengan karenah mereka.
- Sabar dengan kemampuan mereka, tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi tapi sebenarnya anak belum mampu.
- Sabar dalam memberi tunjuk ajar bukan beranggapan mereka tahu semua.
7. Mendidik mesti disiplin.
-
Disiplinkan anak waktu belajar, bermain dan berehat.
-
Budayakan meminta izin sebelum keluar kemana-mana supaya mereka tidak bebas keluar sesuka hati , balik pukul berapa, dengan siapa, ibubapa perlu ambil peduli.
-
Sentiasa ingatkan mereka agar memilih kawan yang baik, kenali kawan mereka.
-
Periksa kerja sekolah anak, berhubung dengan guru mengenai perkembangan anak disekolah.
-
Hadir program yang diatur oleh sekolah.
8. Mendidik mesti dengan cara yang betul
- Dapatkan maklumat untuk didik anak sewaktu mereka kecil.
- Kaedah mendidik anak remaja sangat berbeza dengan cara mendidik anak yang kecil.
- Rajin hadirkan diri ke kursus atau majlis-majlis ilmu mengenai pendidikan.
- Rajin membaca buku-buku cara mendidik anak yang dijual dipasaran supaya kita menjadi ibu/guru yang bermaklumat.
- Sumber rezeki mestilah dari sumber yang halal.
- Tidak berhutang dengan pihak sekolah/tadika agar ilmu yang diajar berkat.
9. Mendidik mesti dengan doa.
- Sentiasa doakan agar anak/ murid terang hati mereka untuk menerima pelajaran.
- Doakan kejayaan anak/murid.> Doakan kesejahteraan semua, ibubapa doakan guru, guru doakan ibubapa.
- Yakin dengan apa yang didoakan akan dimakbulkan Allah.
Leave a Reply