Petua Guru & Ibu Cemerlang

Posted on Sunday , 11 November, 2007. Filed under: Tip |

1.       Mendidik mestilah dengan aqidah.

  • Kenalkan anak-anak kepada Allah sejak anak mereka kecil lagi.  
  • Tanamkan rasa sayang pada Allah.  
  • Tanamkan rasa syukur diatas nikmat Allah.  
  • Tanamkan sifat taqwa kepada Allah. Sering ceritakan kisah-kisah Nabi dan sahabat untuk dijadikan contoh tauladan kepada anak. 

2.       Mendidik mestilah dengan hati yang ikhlas.

  • Penuh naluri keibuan dan jiwa pendidik. 
  • Marah, tegas, manjakan anak mestilah atas sebab nak didik mereka. 
  • Tunjukkan sikap peka, prihatin pada anak/murid. 

3.       Mendidik mesti ada matlamat. 

  • Kemana hendak diarahkan anak-anak kita/ murid.
  •  Budaya apa hendak diterapkan dalam keluarga/sekolah
  • Sistem apa nak dipakai dalam keiuarga/sekolah

4.       Mendidik mesti senada dan seirama. 

  • Ibu dan guru mesti sama arahan dan amalannya. 

  • Kalau guru suruh menutup aurat, ibu pun kata begitu. 

  • Kalau ibu kata maghrib tak boleh tengok t.v, guru pun di rumahnya maghrib tak buka t.v. Murid tak tahu, tapi Allah tahu. 

5.       Mendidik mesti dengan akhlak dan contoh.

  • Nak suruh anak solat, ibu/guru mesti solat 
  • Nak suruh anak bercakap sopan, ibu/guru mesti bercakap sopan dulu, bukan asyik menengking, menjerit tak tentu pasal. 
  • Nak suruh anak baca buku, ibu/guru mesti tunjukkan yang kita pun suka baca buku. Baca bersama mereka. 
  • Suruh/ cakap serupa bikin. 

6.     Mendidik mesti dengan sabar.

  • Sabar dengan karenah mereka. 
  • Sabar dengan kemampuan mereka, tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi tapi sebenarnya anak belum mampu. 
  • Sabar dalam memberi tunjuk ajar bukan beranggapan mereka tahu semua. 

7.       Mendidik mesti disiplin.

  • Disiplinkan anak waktu belajar, bermain dan berehat. 

  • Budayakan meminta izin sebelum keluar kemana-mana supaya mereka tidak bebas keluar sesuka hati , balik pukul berapa, dengan siapa, ibubapa perlu ambil peduli. 

  • Sentiasa ingatkan mereka agar memilih kawan yang baik, kenali kawan mereka. 

  • Periksa kerja sekolah anak, berhubung dengan guru mengenai perkembangan anak disekolah. 

  • Hadir program yang diatur oleh sekolah. 

8.       Mendidik mesti dengan cara yang betul

  • Dapatkan maklumat untuk didik anak sewaktu mereka kecil. 
  • Kaedah mendidik anak remaja sangat berbeza dengan cara mendidik anak yang kecil. 
  • Rajin hadirkan diri ke kursus atau majlis-majlis ilmu mengenai pendidikan. 
  • Rajin membaca buku-buku cara mendidik anak yang dijual dipasaran supaya kita menjadi ibu/guru yang bermaklumat. 
  • Sumber rezeki mestilah dari sumber yang halal. 
  • Tidak berhutang dengan pihak sekolah/tadika agar ilmu yang diajar berkat. 

9.       Mendidik mesti dengan doa.

  • Sentiasa doakan agar anak/ murid terang hati mereka untuk menerima pelajaran. 
  • Doakan kejayaan anak/murid.> Doakan kesejahteraan semua, ibubapa doakan guru, guru doakan ibubapa. 
  • Yakin dengan apa yang didoakan akan dimakbulkan Allah.  


Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Recently on Anakku Sayangku…

10 tip didik anak-anak

Posted on Monday , 1 October, 2007. Filed under: Tip |

Anak-anak amanah dari ALLAH

Posted on Saturday , 29 September, 2007. Filed under: Renungan |

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...